Pages

Monday, January 12, 2009

Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Beberapa kelebihan menggunakan PayPal
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Cara Mendaftar

1. Daftar kat http://www.paypal.com. Klik Sign Up now

2. Pilih negara (country) dan klik Start Now dibahagian Premier

3. Isi borang dan pastkan maklumat yang diisi betul. Bagi bahagian Primary Currency kekalkan dalam US Dollar. Setelah lengkap, klik Sign Up.

4. Isikan maklumat kad debit atau kad kredit. Jika tiada kad kredit, batalkan (cancel) dan isi kemudian setalah ada kad kredit.

5. Setelah klik cancel, tertera laman seperti dibawah. Lihat kat emel yang telah dihantar dan klik link yang diberikan pada emel untuk aktifkan akaun paypal.

6. Buka emel dan akaun paypal

Kat emel ada link yang diberikan dan klik link tersebut.

7. Pada laman web paypal, http://www.paypal.com masukkan password dan klik confirm.

8. Sahkan emel dan klik Continue

Akan tertera seperti gambar di bawah :

Akan bersambung kemudian untuk menunjukkan bagaimana mengaktifkan kad kredit/kad debit.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku-buku yang berkaitan paypal yang boleh dibeli dengan penghantaran percuma seluruh dunia.

1. The Paypal Wars: Battles with Ebay, the Media, the Mafia, and the Rest of Planet Earth oleh Eric M Jackson
2. Happy About Website Payments with PayPal: Answers to Over 40 of the Most Commonly Asked Questions oleh Stephen Ivaskevicius
3. Doing Business with Paypal oleh Matthias Rust
4. How to Use eBay and PayPal oleh Todd Alexander

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk orang Malaysia anda boleh membeli produk Paypal Malaysia yang disertakan dengan video. Produk ini mempunyai panduan PayPal yang cukup lengkap khas untuk rakyat Malaysia. Segala-galanya berkaitan dengan PayPal ada terkandung dalam video-video ini. Panduan video ini adalah rujukan terbaik dan wajib dimiliki oleh mereka yang ingin membuka akaun Paypal.


24 comments:

farenova said...

Terima kasih atas penerangan anda... saya tumpang info utk terangkan pada sahabat saya-dan saya ada link blog saudara... good job!

zulhilmi bdk blur said...

waa....
kalau tak ada kredir kad r debit kad...
kena buat ke..??

Wanderer said...

yer...perlu buat kad...

zulhilmi bdk blur said...

hahak....
kiranya mmg kne buat la...
klu xde xleh ek..??

Wanderer said...

mmg perlu buat...kita membuat transaksi/membeli barang dsbg memerlukan duit... jika tiada kredit kad/debit kad kita tak boleh membuat transaksi...

goodies goodies said...

kalau nk guna maybank debit card, boleh?

Wanderer said...

setahu saya boleh ... bole la cuba...saya guna kredit kad

Hamba Allah said...

klo pakai prepaid kad seperti smartlink2u bleh x?

g_force_111 said...

saudara, dia ada cas apa2 tak pada kita..maksud saya yuran tahunan ker..risau jgk takut duit masuk sikit jer..yg kene bayar yg banyak..

g_force_111 said...

Saudara, dia ada cas apa2 tak?maksud saya yuran tahunan ker..bulanan ker..bukan apa..sy takut duit masuk sikit jer..yg nak kne bayar banyak la plak..hehe..

Wanderer said...

setakat yang saya guna tiada caj yang dikenakan... apa2 pun cuba baca semula agreement...

asus said...

Saya takde kad kredit, kat debit apa yang boleh diguna dan cepat boleh keluarkan tunainya?

king zul said...

jd mcmne nak kuarkan duit tue plak..
lau takde kad kredit,kt leh gune kat debit laaa....

syamsul said...

saya ada menjual barang dan si pembeli kata sudah transfer duit termasuk shiping agent ke akaun paypal..tetapi untuk saya dapatkan wang pembayaran tersebut saya kena keluarkan duit saya sendiri untuk membayar shiping agent..selepas saya membuat bayaran tersebut barulah saya boleh dapat semua duit saya termasuk harga barang yang saya jual..betulkah begitu?

Wanderer said...

saya kurang faham atas pertanyaan syamsul.

Bila membuat transaksi pembayaran, syamsul boleh tahu duit dah masuk atau belum berdasarkan kepada akaun paypal syamsul.

Jika pembelian tersebut sudah termasuk shipping (guna paypal), syamsul perlu keluarkan duit sendiri untuk shipping.

"saya boleh dapat semua duit saya termasuk harga barang yang saya jual"... syamsul akan dapat semua duit jika pembayaran dibuat melalui akaun paypal minus jika ada caj yg dikenakan oleh pihak bank dsbg

Harry said...

info yang diberikan sangat berguna. jazakallahukhair di atas perkongsian ini...

hanafi mohd said...

salam.. mintak izin copy paste artikel yg sgt brguna ni boleh tak?:)

Wanderer said...

Kepada Hanafi Mohd, sila la copy tak de masalah. Tp jgn lupa letak link website sy nie yer... hehehehe

norman amri said...

kad debit tu macam kat bank islam..kad maybank...yang tujuan utk simpan duit kita tu ke?

sas maz said...

yer norman amri

UzmaShafaAtul said...

salam. harap pertanyaan saya ni dpt perhatian... saya nak tanya paypal ni, bila kita dah daftarkan guna kad debit contohnya maybank, nanti duit akan ditransfer ke akaun maybank ke acane? terima kasih.

UzmaShafaAtul said...

salam saya nak tanya lagi... selalu untuk apa ye paypal ni?

sas maz said...

UzmaShafaAtul,

"bila kita dah daftarkan guna kad debit contohnya maybank, nanti duit akan ditransfer ke akaun maybank ke acane?"

Paypal ni untuk membeli barang secara online secara selamat.

Apa maksud Uzma duit akan ditransfer ke akaun maybank?

Anonymous said...

saya nak tanya..saya guna bank islam debit card untuk paypal akaun saya..kalo saya beli barang secara online adakah wang dari akaun saya akan berkurang atau pun tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...