Pages

Thursday, July 2, 2009

Keajaiban Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

Keajaiban Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

Al-Quran, kitab yg diperturunkan kpd junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yg terbesar dan terpenting utk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sbg panduan dan rujukan utk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yg begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pd tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.


Penemuan Oleh Dr Rashid Khalifa.

Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dgn Phd dlm bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yg mempunyai
ribuan pengikut. Dgn mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid tlh memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yg tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pd tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yg seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dgn nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19.

Fakta Ringkas Kod Yang Ditemui

Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya yg ringkas ialah:

1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.
2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor dan
112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6
5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah.
6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.
7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142.
9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.


Kenapa Nombor 19?


Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor
ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…".

Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bil. tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19x74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19x74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Wallahualam………

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...